Refleksi Blended Learning


Refleksi dan Pengalaman tentang Blended Learning

Secara rumusnya, sepanjang 5 minggu yang saya telah belajari atau menonton video tentang blended learning (BL) dapati model ini merupakan gabungan keunggulan dari traditional (face to face) hingga secara virtual. BL ini telah menggabungkan pelbagai cara penyampaian, pengajaran dan pembelajaran dalam memperkenalkan pelbagai media yang unggul dan sesuai digunakan oleh pengajar dan siswa. BL juga merupakan gabungan pengajar secara bersemuka dalam talian atau sebagai interaksi sosial. Sebagai contohnya instruksi berbasis web, streaming video, audio, komunikasi sinkron dan asychronous, dan sebagainya dengan tradisional, iaitu secara bersemuka. 
            Sebelum ini, saya sebagai guru memang sentiasa meggunakan kaedah “Chalk and Talk” dan menggunakan Slaid PowerPoint serta Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc). Bagi saya sebagai guru juga kena memahami kandungan dan tujuan hasil pembelajaran, malah menggunakan atau mengaplikasikan teknologi dalam PdPc supaya dapat menarik minat pelajar dalam kandungan yang belajar. Namun, saya tidak banyak sangat meneroka secara mendalam tentang teknologi yang terkini dan sesuai digunakan dalam PdPc saya. Bukan ini sahaja, pelajar hanya dibenarkan menyelesaikan masalah dalam buku atau rujuk buku Teks atau Nota.
            Semasa saya mengaji bidang IT in Education, saya berpeluang untuk meneroka secara lebih tentang teknologi terutamanya Blended Learning. Pada minggu pertama, semasa saya mengakses halaman BL ini, dapati BL ini adalah dalam versi bahasa Inggeris. Saya memang menghadapi kesukaran dari segi bahasa yang digunakan malah juga dari segi kekangan masa. Ini kerana pada minggu pertama yang diakses merupakan minggu peperiksaan dan banyak kerja yang perlu diselesaikan di sekolah. Jadi, saya hanya boleh akses BL pada waktu malam dan nasib baik pada masa tersebut, jaringan internet adalah dalam keadaan yang kuat.  Dalam modul pertama ini, saya dapat mengenali BL secara asas yang mana diperkenalkan oleh Professor Diana Laurillard. BL merupakan satu alat yang digunakan secara digital seperti mencari maklumat dalam talian, komunikasi secara kumpulan dalam talian, berkongsi maklumat dalam talian dan sebagainya, malah flesible dan boleh akses di merata tempat dengan menggunakan Mobile Devide.
            Pada minggu kedua, Professor Neil Morris. Professor telah memperkenalkan teori pedagogi dan pendekatan pengajaran seperti konstruktivisme, konstruktivisme sosial dan pembelajaran berasaskan masalah. Melalui video, saya berpeluang mengetahui pengajar dan siswa tentang bagaimana mereka menggunakan teknologi digital seperti Nearpod, pakej e-Pembelajaran dan Google Classroom dalam meningkatkan pengajaran. Pada minggu ketiga, saya mula menerokai pengetahuan baru tentang Virtual Learning Environments, digital tools, and Open Educational Resources (OERs). Pelbagai tool telah diperkenalkan seperti Padlet, Moodle, Youtube or Vimeo, Audacity, Camstudio, Prezi dan sebagainya. Ini telah meningkatkan pengetahuan saya tentang teknologi digital dan mengaplikasikan
teknologi ini dalam PdPc saya pada masa akan datang.
            Minggu keempat, modul ini tentang bagaimana teknologi digital boleh digunakan dalam penilaian dan maklum balas serta perancangan dalam PdPc kita. Minggu ini, saya telah menghadapi masalah dengan ketidakfahaman tentang assessment yang hendak dilakukan iaitu A collaborative learning design for peer review. Dengan bantuannya teknologi dan rakan dan tanpa putus asas, saya berjaya juga menyiapkan assessment yang diberikan. Pada minggu yang akhir merupakan penilaian  terhadap kita yang mana kefahaman kita sepanjang minggu yang kita telah belajari dalam BL. Akhirnya, secara tidak landsung, saya dapat memperluaskan minda dan pengetahuan saya tentang pelbagai strategi atau kaedah tentang BL dan sesuai mengimplementasikan dalam PdPc.

Kelebihan:
1.     Blended Learning membenarkan siswa mengaji secara fleksible dari segi
-        masa dan tempat iaitu pelajar boleh mengaji sama ada di dalam atau luar kelas seperti di rumah, tempat kerja, semasa dalam perjalanan.
-        Kadar pembelajaran yang mana membenarkan siswa boleh menonton video atau mendengar penjelasan atau melakukan ujian secara seberapa banyak yang mereka perlukan dengan panduan sumber digital.
-        Pelbagai mod pembelajaran yang mana selain kaedah yang digunakan oleh pengajar, siswa juga boleh melakukan kerja secara individu, secara kumpulan sosial dalam talian, atau mewujudkan own blend secara digital, fizikal dan sosial.
-        Tumpuan kandungan yang relevan dengan pembelajaran siswa
-        Pengajar dan siswa boleh menggunakan teknologi bantuan (assistive technologies) dan open educational resources dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah. Ini dapat membantu siswa akses maklumat yang mereka perlukan serta merta dalam talian. Bukan ini sahaja, juga dapat membantu siswa memahami sesuatu topik yang mereka belajar secara visual contohnya bagi matapelajaran sains (anatomi tubuh manusia)
2.     Mempermudah dan mempercepat proses komunikasi non-stop antara pengajar dan siswa.
3.     Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi secara efektif dan berkesan, serta mewujudkan suasana pembelajaran kendiri dan konvensional.
4.     Tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan kerana model BL ini adalah dalam talian dan dapat meningkatkan aksesbiliti.
5.     Pengajar boleh membuat penilaian serta merta berdasarkan penggredan automatiK yang ditawarkan secara talian.
6.     Siswa boleh belajar di merata tempat dengan menggunakan mobile device.
7.     Siswa yang pasif akan menjadi lebih aktif.

Batasan
1.     Memerlukan akses internet yang memadai, jikalau jaringan kurang memadaikan akan menyulitkan siswa mengikut pembelajaran kendiri dalam talian.
2.     Kurang pengetahuan dalam penggunaan teknologi.
3.     Kepelbagaian media yang diperlukan seperti kemudahan dan infrastruktur yang tidak sepadan dan sukar digunakan serta perlu sentiasa kemaskini media supaya sesuai dengan teknologi terkini.
4.     Pengajar perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam blended learning.
5.     Kelengkapan prasarana yang tidak mencukupi dalam membantu siswa membelajari BL.
6.     Pengajar perlu sentiasa menyediakan material pembelajaran, assessment, melakukan penilaian, menjawab serta memberikan pernyataan pada forum yang disampaikan oleh siswa dari masa ke semasa. Ini menyebabkan bebanan dan kekangan masa kepada pihak pengajar.
7.     Pengajar memerlukan strategi dan kaedah pembelajaran dalam memaksimumkan potensi BL.
8.     Kurang interaksi antara pengajar dengan siswa kerana terlalu bergantung kepada teknologi.

Penambahbaikan
1.     BL ini memerlukan akses internet baru boleh mulakan pembelajaran. Jadi, kalau boleh wujudkan satu modul BL yang berkaitan secara offline. Ini bukan sahaja dapat membantu siswa mengakses dengan senang malah mereka juga boleh diakses di tempat tanpa jaringan internet.
2.     Blended learning sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas. Jadi, penyediaan kemudahan dan prasarana perlu mencukupi. Pengajar perlu mempunyai kemahiran dalam Bl dan penggunaan teknologi yang kuat dan sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran yang mungkin dihadapi.

Bibiografi
Blended Learning Essentials: Getting Started University of Leeds diperolehi https://www.
Futurelearn.com/courses /blended-learning-getting-started/5/todo/18319 pada 30 Okt
2017

Soalan Perbincangan:
1.     Apa yang anda akan lakukan dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah anda perolehi selepas BL?
2.     Pada pendapat anda, apakah BL ini sesuai aplikasi dalam kelas?
3.     Apakah cabaran yang anda hadapi dalam mengaplikasikan teknologi digital dalam PdPc anda? Bagaimana anda selesaikan cabaran yang hadapi?

No comments:

Post a Comment